Wednesday, July 29, 2009

SEJARAH KELAS PRASEKOLAH DI IPGM


Kelas prasekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mula dibuka pada tahun 1992. Sebanyak 27 buah kelas prasekolah sedang beroperasi di IPGM seluruh negara. Semua IPGM mempunyai kelas prasekolah kecuali di IPGM Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Setiap kelas prasekolah ini dibekalkan dengan seorang guru dan Pembantu Pengurusan Murid. Setiap kelas mempunyai murid tidak melebih 25 orang. Kemasukan ke kelas prasekolah ini adalah terbuka kepada kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan IPG berkenaan, untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak IPG yang berkenaan. Foto : IPGM Kampus Tawau.

No comments:

Post a Comment